Pages

Search This Blog

Tuesday, August 10, 2010

puasa dtang lagi....




salam ramadhan kepada semua muslimin dan muslimah...

hai... puasa datang lagi...
11/08/2010 bersamaan 1/ramadhan/1431H kita semua berpuasa lagi,,
sekejap je rasa.. macam baru semalam sambut puasa tahun lepas dah puasa balik...

ok.. sempena bulan puasa ni lets talk about pengalaman berpuasa
ok,pengalaman pertama aku berpuasa aku tak ingat pun.. bila ye agaknya???
belasah la tapi yang aku pasti aku mula puasa penuh masa darjah dua..
ye ke ko ni mail??? hahhaha

teringat pulak zaman kecik masa mula-mula puasa dulu.. best je rasa..
ada yang puasa full,ada yang puasa minum air,ada yang puasa setengah hari (puasa pisang orang gelar kat tempat aku)... haahah macam-macam la.. tapi dah besar ni wajib la puasa bagi yang dah baligh tu...

bulan ramadhan bulan yang mulia dan penuh rahmat..
bila sampai je bulan ramadhan ni,mula la bazaar2 ramadhan dibuka.. dapat la tengok orang ramai berjual beli.. ada yang jual ni ada yang jual tu.. tapi kat bazaar orang bukan jual makanan je,orang jual kain,perhiasan untuk raya dan macam-macam lagi la... bak kata astro macam-macam ada... dari bazaar tu jugak lah silaturrahim di eratkan.. jumpa je kawan kat bazaar "oi mamat,lama x jumpa ko.. selamat berpuasa" tak pun "amboi cik kiah,banyaknya beli barang untuk berbuka"

satu lagi yang best bila raya ni bila jiran-jiran datang bagi sedekah.. tapi sekarang amalan ni macam lagi banyak kat kampung kan.. kat bandar mungkin ada tapi kurang la sebab belum tentu lagi diorang kenal jiran diorang tu.. satu kelebihan bila bersedekah ni,selain dapat pahala kita dapat merasa juadah yang berlainan jenis.. ye lah kalau dah orang sedekah tu tipu la kalau kita tak nak balas balik kan.. takkan la nak anta balik bekas kosong je kot kat jiran tu..

lepas tu,bila sampai je puasa bagi aku la tak tahu la korang... mesti aku nak cari sesetengah makanan yang kebanyakan hanya ada masa bulan puasa ja.. bagi aku orang sarawak.. aku mesti akan cari bubur pedas.. menu special untuk buka puasa... fuh sedapnya tak terkata... hahaha.. malas la nak bayangkan.. tengah puasa ni.. tapi memang sedap la... selain tu,aku suka makan kuih bungkor kalau x silap.. kuih tu kuih yang pakai gulapong pastu bungkusan dia guna daun pisang bentuk macam kapal layar... banyak lagi sebenarnya menu yang x boleh miss bila bulan puasa ni tapi takut anda-anda terliur,jadi bagi tahu dua tu je la ok..

ok ni la rupanya bubur pedas tu...
bubur pedas sarawak specialties



yang ni pula kuih bungkor ya
yummy2

habis cerita pasal makanan,sekarang bila dah puasa satu lagi benda yang akan hangat ialah download2 lagu puasa dan lagu raya.. kalau lagu puasa tak ada lain dah.. msti orang akan sibuk cari lagu harapan ramadhan tak pun lagu puasa dulu baru raya...


video


lagu raya pulak x payah cerita la.. memang banyak sangat.. ada lagu yang sedih ada lagu yang gembira.. kalau nak balik kampung mestilah lagu Allahyarham Sudirman jadi pilihan.. lagu balik kampung.. ooo.. oo.. balik kampung hati riang.. lalalala... hahahah

bagi yang x balik kampung pulak lagu dari jauh ku pohon maaf jadi pilihan.. (nak ke orang dengar lagu ni kalau tak balik raya?? wat sedih je la).. satu lagi lagu allahyarham Sudirman..

lagu raya evrgreen je yang jadi pilihan kita tiap tahun kan?? lagu2 yang sekarang ni kalau glamour pun sekejap je.. kalau lagu macam lagu allahyarham sudir. black dog bone, allahyarhamah saloma, allahyarham P. Ramli dan rakan2 seangkatan semua evergreen sampai sekarang.. dengar setiap tahun pun tak boring.. yang current punya artis pun aku rasa Dato' Siti nurhaliza je pun yang boleh jadi evergreen..

ok la malas da nak tulis panjang2... penat tangan ni.. apa-apa pun kepada yang islam selamat berpuasa semoga puasa tahun ini lebih bermakna dari yang sebelum-belumnya.. insyaAllah

dan raya,kalau makan kek raya tu ingat2 la aku kkat sini.. wakakka

salam....




2 comments:

  1. salam...
    lawak la kou baca blog au ih...^^
    btw, keep it up bro
    truskan berblogging...

    ReplyDelete